DSA Family Day>Langkawi

Assalamualikum semua. Khamis hari tu saya p Langkawi. Membe2 saya cakap, untung la boleh p Langkawi. Apa yang untung tu saya pon xtaw. Letih ja yang lebih. Sy bangun tidoq seawal 5 pagi kes depa nak naek feri pukul 8.15 pagi dari Kuala Perlis. Nak p ambil mambe2 lagi, so pukul 5.30pagi sy dah pegang stereng kereta sebab banyak destinasi nk di tuju. Dah setel ambik membe2, sy bertolak ke Kuala Perlis pukul 6.20pagi dari Alor Setar dan sampay di Kuala Perlis lebey kurang pukul 7.15pagi. Then kitorng breakfast kt sana. Feri pukul 8.15 dan smpay Langkawi pukul 9 lebih. Dah sampay sana kitorang sewa kereta. Mula2 ingan nak sewa Myvi ja, bajet la katakan. Lagipon pg sehari ja. Tp abg tu offer kt ktorng Vios dgn harga RM60. Memang berbaloi2 sebab ada membe sewa viva harga RM50. Ktorang isi minyak RM15, cukup la untuk perjalanan selama beberapa jam saja kann. Mula2 ktorang berkumpul kat Pantai Chenang. Ada membe2 yang turun mandi, tp sy xmandi pon sbb sy kurang minat air laut ni sbb dia masin. Lepas lunch dalam pukul 1 lebih ktorng gerak ke Cable Car. Ingt xmaw naek dah kereta cable tu sbb bulan 12 hari tu dh naek, tp sebab ada mmbe ajak teman dia, sy pon join la. Tapi membe yang ajak tu plak gayat, so spanjang dlm cable car tu mmg ktorng gelakkan dia ja sebab dia memang langsung xangkat muka. Sampay mengigil, sian pulak tgk dia. Tapi naseb la, sapa suruh semangat nak naek kan..hak3..lepas tu ktorng pergi shopping2 dan ke Dataran helang utk snap2 pic sket. Ktorng gerak balik menaiki feri pling last pukul 7.15 dan smpay dalam pukul 8 lebih. Sebab dalam fari tu terlampau sejuk, sy dah 2 hari demam+selsema+sakit tekak. Pakej! Lps ni mmg xmaw dah naek fari mlm2. Ok la, jum kita roll pic2 kat sana. Tak banyak pon, ada sikit ja :)


















Ok, setakat ni saja kot. Nanti saya update lagi okey. Sekarang memang xda idea nak menaip :)
Tata~


♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

2 orang komen !:

yana yani said...

bestnyerrrrrrr..teringgin nak pergi

♥Ohh! Aien♥ said...

@yana yani Jum2 p..hehe :D