Duit Gaji dan Keberkatan.

Assalamualaikum semua. Dah 16 hari kita berpuasa kan? Ok, now saya nak share pengalaman saya bekerja. Masa lepas SPM dulu, saya pernah bekerja di koperasi sekolah dengan gaji hanya RM200++ cmtu la. Tapi duit gaji tu tak bagi kat mak pon sebab time tu pemikiran pon tak berapa nak matang lagi. So, bila dapat gaji ja mesti cakap dengan diri sendiri "mak dah ada dwet banyak, xpayah la bagi". Lepastu berhenti kerja situ sebab dapat PLKN then lepas PLKN tu sambung stdi. Time final year saya bekerja di Lost World of Tambun sebab ikot kawan-kawan. Tengok depa kerja mcm best ja, saya pon join la. Tapi tu kerja part time, so duit yang dapat tu mmg xbg mak pon sebab simpan untuk 'berjimba' di perantauan saja (zaman muda la katakan). Habis stdi tahun 2011, dengan berbekalkan diploma yang ada, saya dapat kerja kerani dengan gaji RM380 sebulan. Time tu dah besar, dah pandai bagi duit kat mak walaupon saya taw, duit mak lagi banyak dari duit saya yang bekerja ni *sedih. Tapi mak ambik ja duit tu walaupon jumlahnya teramat la sedikit. Then dapat kerja telemarketing dengan gaji RM700 sebulan. Time tu duit yang bagi kat mak tiap bulan dah naik sikit, RM50 kalau tak silap. Kerja kat situ pon dalam 3 bulan ja. Then mmbe offer kerja kat tempat dia dengan gaji permulaan RM900. Mula kerja kat situ bulan Sept tahun lepas. Then dalam 6 bulan kerja bos pon naikkan gaji. Alhamdulillah gaji sekarang dah melebihi 1K. ok la untuk hidup di bumi kedah ni kan. Saya percaya ini semua adalah keberkatan dari duit yang saya bagi kt mak setiap bulan. Bila kita bg duit dekat ibu bapa kita, mereka akan mendoakan kita dan Allah akan murahkan rezeki kita. Walaupon ibu bapa kita ada duit lagi banyak dari kita, kita tetap kena bg jgk duit kat depa sebab dari situ la kita nak dapat keberkatan. Dan alhamdulillah, dengan doa dari mak dan abah serta dorongan dari Tuan Arjuna, saya dah mampu pakai kereta sendiri. Even bukan kereta yang mahal, tapi ianya cukup membanggakan kerana di usia 23 tahun saya boleh beli kereta tanpa bantuan dari mak dan abah. Eceli, azam 2013, mmg nak ada kereta sendiri. Tak sangka akan jadi kenyataan. Terima kasih Mak, Abah dan Tuan Arjuna! I love uols! :)



So, kepada semua kawan-kawan yang bekerja, jgn lupakan ibu bapa, hulurkan duit walaupon sedikit kerana dari situ lah kita akan mendapat keberkatan. :)

*Dulu nak moto abah belikan, tp xnaik pon. Sekarang dah beli kereta sendiri. tp ternyata kereta abah lagi syiok bawak walaupon manual. :)

Duit kat abah tak bagi pon sebab mak ckp xpayah bagi. Huhu.
P/S: Ayat budak darjah satu ye tuan-tuan dan puan-puan.
♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

0 orang komen !: