Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah, hari ni dah 4 Syawal. Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menyambut Aidil Fitri kali ini. Tahun ni adalah tahun yang ke 23 sambut Aidilfitri dengan famli n tahun ke 3 bersama Tuan Arjuna. 

Saya cakap kat Tuan Arjuna:

Saya: Yunx, tahun ni tahun ke3 kita sambut raya sama2. Agak2 tahun depan kita sambut raya sama2 lg x?
Dia: Mesti laa, tiap tahun kita akan sambut sama2.
Saya: Ohhh bahagiaaa. (Bukan boleh Tuan Arjuna cakap bunga2 sket, tarus cayaq. Fewwww)

Tahun ni tema warna terqouise, Jom roll sekeping dua gambaq yang ada. Hee.

Dah tengah hari baru nk snap pic.

My Soulmate. Beraya di kampung sebelah petang! :D
baju rayaaa. *Abaikan tudung tu, xreti pakai ponn. huww

Syawal tahun ni ada satu peristiwa yang xkn ku lupakan sampai bila2. 'Si ketot' xcdent di hari ke 23 berada dalam jagaan saya. Hwaaa. Langgaq pokok okaii. :(


Btw, SELAMAT HARI RAYA SEMUA
Love uolss! :D

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Sekarang aku sedar.

Baru-baru ni, saya dan Tuan Arjuna ada la selisih faham sikit. Tapi selalunya sehari kami dah baik. Tapi kli ni terbawak-bawak sampai beberapa hari. Tuan Arjuna mintak saya beri dia ruang untuk keadaan kembali macam biasa. Tapi biasa la perempuan kan, emo lebih. Saya rasa down sebab xmampu nk faham dia walaupon dah lama kami belajar untuk kenal hati budi masing-masing. Sebelum-sebelum ni, boleh ja saya terima apa pon yang dia cakap, tapi kali ni rasa ego n xnak mengalah. So, tanya la pendapat kat sorang mmbe ni. Berbekalkan pengalam "frust menonggeng" dgn pkwe lama, dia pon memberi semangat kepada saya untuk terus belajar memahami.

"Suami isteri"? Ohh, Nasihat untuk masa depan skali ni. Hee
Walau dah berapa lama pon kita kenal dia, kita tetap kena selalu belajar untuk menempuhi sesuatu yang baru sebab kita xtw apa akan jadi lepas ni. Hope we'll owez together until the end. 


Thanx Allah coz give me a supeerr dupeerr sweetheart. :)

P/s: Sahabat yang baik akan sentiasa ada untuk kita. Btw, thanx fren coz owez there for me when i need a shoulder to cry. I love uols! :)



♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Duit Gaji dan Keberkatan.

Assalamualaikum semua. Dah 16 hari kita berpuasa kan? Ok, now saya nak share pengalaman saya bekerja. Masa lepas SPM dulu, saya pernah bekerja di koperasi sekolah dengan gaji hanya RM200++ cmtu la. Tapi duit gaji tu tak bagi kat mak pon sebab time tu pemikiran pon tak berapa nak matang lagi. So, bila dapat gaji ja mesti cakap dengan diri sendiri "mak dah ada dwet banyak, xpayah la bagi". Lepastu berhenti kerja situ sebab dapat PLKN then lepas PLKN tu sambung stdi. Time final year saya bekerja di Lost World of Tambun sebab ikot kawan-kawan. Tengok depa kerja mcm best ja, saya pon join la. Tapi tu kerja part time, so duit yang dapat tu mmg xbg mak pon sebab simpan untuk 'berjimba' di perantauan saja (zaman muda la katakan). Habis stdi tahun 2011, dengan berbekalkan diploma yang ada, saya dapat kerja kerani dengan gaji RM380 sebulan. Time tu dah besar, dah pandai bagi duit kat mak walaupon saya taw, duit mak lagi banyak dari duit saya yang bekerja ni *sedih. Tapi mak ambik ja duit tu walaupon jumlahnya teramat la sedikit. Then dapat kerja telemarketing dengan gaji RM700 sebulan. Time tu duit yang bagi kat mak tiap bulan dah naik sikit, RM50 kalau tak silap. Kerja kat situ pon dalam 3 bulan ja. Then mmbe offer kerja kat tempat dia dengan gaji permulaan RM900. Mula kerja kat situ bulan Sept tahun lepas. Then dalam 6 bulan kerja bos pon naikkan gaji. Alhamdulillah gaji sekarang dah melebihi 1K. ok la untuk hidup di bumi kedah ni kan. Saya percaya ini semua adalah keberkatan dari duit yang saya bagi kt mak setiap bulan. Bila kita bg duit dekat ibu bapa kita, mereka akan mendoakan kita dan Allah akan murahkan rezeki kita. Walaupon ibu bapa kita ada duit lagi banyak dari kita, kita tetap kena bg jgk duit kat depa sebab dari situ la kita nak dapat keberkatan. Dan alhamdulillah, dengan doa dari mak dan abah serta dorongan dari Tuan Arjuna, saya dah mampu pakai kereta sendiri. Even bukan kereta yang mahal, tapi ianya cukup membanggakan kerana di usia 23 tahun saya boleh beli kereta tanpa bantuan dari mak dan abah. Eceli, azam 2013, mmg nak ada kereta sendiri. Tak sangka akan jadi kenyataan. Terima kasih Mak, Abah dan Tuan Arjuna! I love uols! :)



So, kepada semua kawan-kawan yang bekerja, jgn lupakan ibu bapa, hulurkan duit walaupon sedikit kerana dari situ lah kita akan mendapat keberkatan. :)

*Dulu nak moto abah belikan, tp xnaik pon. Sekarang dah beli kereta sendiri. tp ternyata kereta abah lagi syiok bawak walaupon manual. :)

Duit kat abah tak bagi pon sebab mak ckp xpayah bagi. Huhu.
P/S: Ayat budak darjah satu ye tuan-tuan dan puan-puan.
♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Yeahh! 9 July!

Ada apa eh dgn 9 July? Ok, 9 July bfday Tuan Arjuna yg ke 23tahun. Oh ya, kami umur sama. So, muda lg kan kami? *Perasan.

Hari Ahad yang lepas, saya dah buat plan baik punya dgn mmbe Tuan Arjuna kononnya nk buat suprise smpna bfday dia. Oleh sebab bfday dia jatuh hari selasa, so xdpt la sy nk bg sendiri hadiah tu. Sy pon kirimkn la hadiah tu dekat kawan dia. Kononnya nak suruh bagi semalam laa tepat pukul 12. Plan dh cantik dah ni. Time seludup hadiah bagi kt mmbe dia pon Tuan Arjuna xperasan. So, bila lepas bg hadiah kat mmbe dia, sy pon jmpa la dia kejap sbb dah sebulan xjumpa (dia xboleh outing n xda cuty). Then dah jumpa terus la balik opis. Masuk ja parking kat depan opis terus masok 2 msg. Msg dia n msg mmbe dia.

Msg mmbe dia:
Jiha , sy dan bg dah hadiah kat Shamil...bla..bla..blaa
Msg Tuan Arjuna:
Syg, b love u soo much!!! .... bla..bal..bal..*ayat terharu.

Hwaaa. Ni sapa yang suprisekan sapa niii?? Hadiah tu sepatutnya bagi hari bfday diaa. Tp, kwn Tuan Arjuna dh slah faham. So dia dah terbagi awal. Alahaii. Tapi xpa laa. Janji bagi jgk. Btw, tq ye kawan Tuan Arjuna yang tlg 'suprisekn' lelaki kasayangan saya!! :D

Dear lelaki kegemaran: Dalam hadiah tu pon dah ada surat yg panjang lebar, n semalam pon dh msg panjang2. So, Happy BORNday Lelaki Kasayangan!! Semoga Panjang umur n murah rezeki. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Tq coz loving me as who I am and thanx for changing me into a girl like u wanna b as ur wife. Epy Birthday again cinta!



♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Tentera dan Insurans.



Tadi time otw nak hantar dokumen nset bunyi. Then saya pon angkat la.

Celcom: Hello, saya buat panggilan dari celcom.
Saya: Hello, Oh yaa. (Dlm haty agak2 mngkn dia call sbb lmbt byq bil)
Celcom: Maaf menganggu, no ni didaftarkan atas nama En. Muhammad Shamil betul?
Saya: Ya betul :)
Celcom: Boleh saya tahu, puan ni wife dia ke?
Saya: (Malas nk ckp banyak terus mengaku jalaa) Ya saya. Knapa ya?
Celcom: Ok, oleh sebab puan dh lama menggunakan perkhidmatan celcom, jadi celcom ada buat offer untuk semua pelanggan yang terpilih saja.
Saya: Ouh, ok. So offer apa tu eh?
Celcom: Sekarang celcom bersama2 AIA ada menawarkan insurans kepada pelanggan2 celcom (lbh kurang cm2 la ayt dia, sy xbpa ingat sgt)
Saya: Ouh. Tapi saya dh ada insurans la. (Sy amek Insurans Etiqa)
Celcom: Bla...bla..bla.. ( bg penerangan punya la pnjang). Bole sy tw, husband puan kerja apa eh?
Saya: (Nak ckp tentera ka pilot eh? Klo ckp tentera t dok paksa2 soh amek pulak) Husband saya pilot.
Celcom: Ouh, maaf puan. insurans ni xcover utk pilot. Puan kerja apa eh?
Saya: Admin..... (Xsmpat nk ckp smpai abes)
Celcom: Ouh. so, puan nk x amek insurans?
Saya: Err. nnty saya discuss ngn husband dloo eh?
Celcom: ok. ptng nnty sy call balik yer.
Saya: ok (Jgn harap aq nk angkat) :P

#Depa ni mmg suka sngguh call promote insurans nohh. Tuan Arjuna pon dh bnyk kali dapat call cmni. Tp, bila ckp kerja pilot. Terus ckp insurans xcover pilot. Baik xyah call dari awl kan. :)


♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Ehh, awat google search aku ada gmbaq kek ni?

Bukak ja google search terus pelik. "Eh, awat ada gmbaq kek ni? ada event apa hari ni?". Then bila letak cursor kat pic tu dia tulis "Happy Birthday Aien" (Dah try nk print screen ayat tu, tp xleh. fuuu). Oh, hari ni bfday saya rupanya tp nampak mcm umur 17 lagi kan? babyface la kata kan. Ok, yg tu tipu. Eceli, bfday tahun ni la yang paling xbrapa nk best sbb keadaan kesihatan tak mengizinkan. Kena demam campak pulak dah besaq-besaq pon, ingat budak kecik ja kena demam campak ni. Kalau tak, setiap kali sambut bfday mesti mlm tu akan keluar makan2 dengan famli. Tapi, oleh sebab saya kena pantang, makan sup ayam ja tiap hari, so dok rumah jela semua. Fuuu, sadiss betol la.

Ok, dikesempatan saya tengah rajin menaip ni, saya nk ucapakan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish tak kira la kt nset, tulis kat wall FB, IM kat FB. Terima kasih atas doa2 kalian. Tapi yang paling banyak doa cecepat naik pelamin ye. Amin, lagi cepat naik pelamin lagi baik yer dak? Semoga termakbul doa kalian semua. Saya juga mendoakan kesejahteraan hidup kalian dan semoga kalian semua panjang umur dan dilimpahkan rezeki.

Buat Tuan Arjuna pulak, oleh sebab awak lupa bfday saya setelah 2 hari menghilang (perkara ni dh biasa berlaku ye tuan-tuan dan puan-puan.haha). Jangan risau, saya tak marah awak, merajuk pon tak, kecik hati pon tak sebab saya tau keadaan awak. Tapii saya nk request hadiah ni. Boleh kan? Ok, bukan kasut yg diriku minta. Bukan handbag yg diinginkan. Hadiah ni susah sket, tp saya taw awk boleh tunaikan. Ok, saya cuma nak awk fly baik2,  xmaw fail tw, fokus, buat betul2 dan buktikan kat semua awak pon boleh jadi pilot mcm yang awak cita-citakan. Itu saja :)



Btw, thanx again semua! Love uolss :D
-29 Mei 1990-

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Al-kisah, kekasih hati Pegawai Tentera.

Sapa kat sini kekasih hati dia pegawai tentera? Untung laa awak kalau kekasih hati awak dah abes training. Sapa yang kekasih hati dia belom habis training? kita senasib la awak. Jadi kekasih hati kepada pegawai tentera yang tengah training ni susah sebenarnya. Oh ya, tuan arjuna sekarang tengah buat kursus flying. So, masa untuk kami menyulam sayang sangat la terhad. Sepanjang lebih dari 2 tahun saya dengan Tuan Arjuna, boleh dikira berapa kali call, msg pon xmacam orang lain yang bercinta. Sehari kalau dapat satu msg tulis "Nite syg" tu kira dah happy sangat dah. Yaa, life mereka sangat lah sibuk, tambahan pulak Tuan Arjuna dah start fly sekarang, lagi la b'tambah sibuk. Dgn Tuan Arjuna ni, banyak benda yang saya belajar sebenarnya. Tahap kesabaran kena tinggi. Klo xboleh nak bersabar, mmg xkn kemana laa hubungan tu dan mesti akan selalu gadoh kalau kita xboleh nk bsabar. Klo mula2 bgtaw kata mnggu ni ada outing then last mnt outing cancel tu, kita xleh sedih. Sebab klo kita sedih, depa lagi la sedih (Nak jumpa pon, ada hari2 yg tertentu saja, bukn tiap hari bole jumpa). Selain tu, kena banyak berdikari sendiri, klo setakat tangan luka kena pisau tu, xyah la nk bgtaw, jgn manja sangat sebab depa banyak lagi benda besaq2 yang dia nak kena pikiaq (Tp, klo demam tak habaq, nnty kena marah. Sobss). Tapi kalau sakit terok2 kena bgtaw laa, nanti susah pulak. Saya juga belajar supaya memahami dan tak mendesak sebab life depa mmg stress, so kalau kita banyak mendesak, depa akan btambah stress. Klo depa stress, kita pon akan stress jgk. Dia bukan saja kekasih hati saya, tp dia jgk sahabat baik saya. Kami kongsi masalah sama2, bila Tuan Arjuna ada masalah, saya taw yang saya xboleh tlg. saya cuma boleh dengar dan bagi nasihat sedaya yang mampu. Bagi sokongan, bagi semangat. mcm tu jgk bila saya ada masalah, dialah yang akan bg nasihat, siyesli dia mmg macam abang saya bila bg nasihat. Dia matang dah tegas jugee. Pendek kata, saya kena keraskan hati, kentalkan jiwa. Apa pon jadi kena cool ja. Oh ya, dia jgk la penasihat fesyen saya. "Dear, no pakai singkat2, ketat2 and jarang2" Hee. Kawan saya pernah cakap, bila berkasih sayang dengan tentera ni kita kena ingat, bg depa negara no.1, fmli no.2. So, siapkan mental anda ya! :)




Dalam setiap hubungan, apa pon masalah yang datang, jangan biarkan kemarahan menguasai kita. Bertenang, cakap elok2, mesti masalah akan selesai. Masalah xkan selesai kalau kita marah2. Peace yaw! :)


P/s: Tuan Arjuna, saya suka berkasih sayang dengan awak!. Ehess :D


Credit: Airforce Officer Partner. Thanx sebab share pengalaman awak semua dgn saya! :)
♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Solo Nite!

Assalamualaikum semua. 

Oleh sbb saya mmg fail klo bab2 nak buat intro, so straight to da point teros la eh. Ok, hari Jumaat (12/04/2013) baru-baru ni sy ada la teman Tuan Arjuna p dinner TUDM. Nama dinner tu 'Solo Nite'. Kenapa Solo Nite? Sebab dinner tu bertujuan untuk meraikan skuad Tuan Arjuna yang dah berjaya fly solo. Tema pada mlm tu pulak tema 'Hollywood Glamorous Night'. Pehh, pening kepala fikir baju. So, last skali kami decide nak pakai baju sedondon (kain sekayu). Oleh sebab dah last mnt baru tw, so mmg preparation semua mmg last mnt laa baru siap. Kelam kabut cari barang semua. Hari dinner tu pon still lagi cari barang yang tak lengkap. letih dia mmg xyah cakap la kan. So, mlm tu semua turun pukul 8 then ada sesi photoshoot setiap pasangan (yang ni Tuan Arjuna xbg taw pon =_="). Lepas tu mcm besa laa ada makan2, Siyesli lapaq sgt2 time tu, tp Tuan Arjuna xbg makan bnyak2. Diet katanya. Hampehh =_=". Pastu ada pesembahan sket dari skuad Tuan Arjuna (Tuan Arjuna b'lakon mmg lawak gila oke!) n junior depa. Eceli ni 1st time saya join dinner. Time saya diploma dulu ada dinner jgk, tp xjoin pon. So, ni la 1st time join dinner. Btw, Thanx Tuan Arjuna sebab sudi bawak saya! :)

Skuad Tuan Arjuna dgn instructor depa

Me LOVE him

 Ni time lepas photoshoot

 "Macho dah tu". Kata saya kepada si dia.

 Tak sempat nk ready lg dah snap.

Me wif Anis. :)

 Last pic sblom balik

Love wif his instructor. (M veri proud of you!!)


#Malas nk tulis panjang2. Kbai!

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Pengalaman LIMA'13 dgn geng TUDM.

Untuk pertama kalinya dalam hidup saya menjejakkan kaki ke satu event yang dinamakan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibiton ataupon dikenali sebagai LIMA'13. Eceli, saya ke sana pon sbb join skuad Tuan Arjuna. Ada dua group, satu group p hari Jumaat dan satu group lagi p hari Sabtu. Group Tuan Arjuna diarahkan ke sana pada hari Jumaat. Tapi, ktorang lambat sampai kt event tu sebab jalan yang jem teramat sangat. Jadi, bila tgk jet pon dh start terbang dgn pelbagai aksi, skuad Tuan Arjuna pon b'sepakat dan bhenti kat tepi jalan dlu sebab nak tgk jet2 tu. Biasa laa, p ngn geng2 pilot to be, kompom la semua semangat ja nak tgk. Tapi, oleh sebab ktorang p hari Jumaat, so xdapat la nk dok lama2 kat situ sebab lepas tu depa nak p solat jumaat pulak. P ngn hero2 la katakan. Lpas solat jumaat, ktorang makan dan p tgk ikan2 kat Under Water World pulak. Lpas tu baru p shopping. Tapi kejap ja shopping sebab jalan jem, So kitorang gerak awal ke jeti sebab tiket pukul 7.30 malam. Tapi yang sedihnya, feri sampai pkul 10 mlm!. Kami terpaksa tunggu kt jeti punya la lama. Dengan sejuk sebab angin laut kuat, pastu ramai2 pakat dok besila kt atas lantai sebab mana ada kerusi kt situ. Tapi apa2 pon, pengalaman tu memang best laa. Tambahan pulak tu la 1st time Tuan Arjuna bawak saya join skuad dia p jalan2. Lpas ni klo ada nk jalan mana2 n boleh ikot, kompom saya nak ikot lagi. Bestt! Btw, thank you soo much Tuan Arjuna n skuad!

 Ni time berhenti kt tepi jalan sebab nak tgk jet.
 Abg komando!
 Antara jet2 yang beraksi. Boleh tgk dari jauh ja ni.
 Dengan Tuan Arjuna.!




 Pendeknya saya =_="
 Royal Australian Air Force.
 Dan mcm bas skolah nengoknye.
 Wif mira. Setelah setahun lebih bkawan di alam maya. #AirforceOfficerPartner

 Nak keluar dah. Bye3!
 Maneh aihh.
 Instructor Tuan Arjuna cakap "Uishh, ikan2 semua bnti nk snap gmbaq jgk!" =_="
 Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibiton
 Taman dalam Under Water World.
:)


#Jadi tentera untuk satu hari. Makan laju2, jalan laju2. Pendek kata semua kena laju2. Penatttt =_=".



♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Couplee? Eii, Kawan pon aku xmaw lah!

Salam semua. hampa sihat ka? Pehh, lama sangat aku xconteng2 kt belog ni. So, hari ni aku ada benda nak stori mori ngn hampa.

Ok, cerita dia cmni. Satu hari tu (tahun 2011), ada mmbe aku kenaikn kawan dia kat aku.  Dia ckp mamat ni satu skuad ngn dia. Kawan2 dulu la dia cakap. Time ni depa tgh kadet lagi (sekarang bukan kadet dah). So, setelah satu hari bkenalan, tgerak pulak hati aku nak cari dia kt FB. So, aku pon search nama dia kt FB. Last2 jumpa. aku pon apa lg, godek2 la pic2 dia sbb dia xprivate pon pic2 dia. Time tu aku tgh stalk wall dia dengan wani (housemate time diploma). Lps tgk2 pic dia aq pon kata kat wani "Bukan setakat couple wani, kawan pon jiha xmaw la". Tp lepas tu dia still cntct2 aku dan aku jadi selesa ngan dia. Dia baik. Kalau aku buat salah atau aku buat bnda yang dia xsuka, dia xpenah pon marah. Dari hari pertama aku kenai dia, sampai la hari ni, saat aku menaip ni, sekali pon dia xpenah marah aku, apatah lagi nak tinggi suara. Tapi dia tegoq elok2 dan aku boleh terima segala teguran dia tu. Selepas segala suka duka, ribu taufan, ombak badai semua. Hari ni genap la usia hubungan kami 2 tahun. Masih baru lagi sebenarnya. Banyak lagi benda untuk kami belajaq. Masing2 masih cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Masih lagi mengenali diri masing-masing.


Memang aku tak pernah cerita kat belog ni pasal dia. Dan gambaq dia pon mmg xda dlm belog ni. Yang ada kt sidebar tu pon ada badan ja kan. So, for da 1st time in this blog, introducing you my favorite man!
JENG..JENG..JENG..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haa, dah tengok kan? Ok, jom tidoq!



Shamil ya habibi.
Selepas segala suka duka yang kita harungi,
Hari ni genap 2 tahun usia hubungan kita.
Terima kasih kerana selalu ada dengan saya walaupon awk sangat sibuk dengan kerja.
Terima kasih kerana selalu dengaq cerita saya (walaupon sy ulang cerita yang sama 10 kali)
Lastly, terima kasih sebab sayang saya.
Semoga awaklah jodoh saya sampai hujung nyawa.
Semoga Allah panjangkan dan percepatkan jodoh kita.



22 MARCH 2011 until 22 MARCH 2013


♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ