MT Bunga Alpinia



Assalamualaikum semua. Mesti rmai yang dah sedia maklum mengenai kebakaran yang melibatkan kapal MISC iaitu MT Bunga Alpinia yang berlaku disebabkan panahan petir. Walaupun sy bukan lagi sebahagian dari seafarer partner, tp bila kejadian mcm tu berlaku memang nk luruh jugak jantung ni. Dikesempatan ini, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang tekorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 


Sedikit info mengenai MT Bunga Alpinia:
Nama: Bunga Alpinia
Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker
Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia)
Nombor IMO: 9389538
Call Sign: 9 MLE 4
Pelabuhan Daftar: Port Kelang
Tahun Bina: 2009
Tahun Daftar: 2010
DWT: 37961
GRT: 25709
NRT: 9363
Panjang: 172.87 meter
Lebar: 32 meter
Draf: 16 meter
Pemilik: MISC Berhad


BEFORE


AFTER
 MV Badang Sembilan, antara kapal yg membantu memadam kebakaran MT Bunga Alpinia.


 Ihsan Borneo Post - MV Lewek Petrel berusaha memadamkan api MT Bunga Alpinia

 Pacific Hawk

 Ihsan NST - Marak api membakar Alpinia

 MT Bunga Alpinia dlm kenangan :(



Kepada awk: Walaupun kita dah tak seperti dulu, sy sentiasa doakan keselamatan awk. Semoga awk kuat dan tabah demi mencari rezeki di laut. Saya taw awk kuat. Semoga awk akan sentiasa dibawah lindungan Allah. Awak lelaki yang baik. Semoga awk dipertemukan dgn jodoh yang terbaek utk awk.

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Amacam persiapan nak sambut Ramadhan ni? Kuih raya dah beli? Baju raya? Kasut raya? Senang cita barang2 nk raya dah beli? Ahaa, sapa yang dah beli tu mmg semangat kan? Mcm kt rumah saya ni, kuih raya dh ada 6 jenis. Tapi yang ni bukan kes semangat nak raya, tapi abah sy tempah kuih raya dan dia ingat nk dapat time bulan puasa nanti, tapi belum sempat masuk bulan puasa lagi dah dapat kuih raya tu. Berangan nak rasa la dulu sedap ka tak, tapi sampai hari ni saya tak tau kat mana mak sembunyi kuih tu. Adess. Pasal baju raya pulak, memang tiap2 tahun kitorang satu keluarga akan ada warna tema. Macam tahun lepas hero pakai warna pink dan heroin merah. Tema tahun ni biar rahsia dulu okehh. Tapi macam biasa la, baju untuk hero-hero dalam rumah ni memang dah setel dah, baju untuk heroin ja blom lagi. Kalau tahun lepas 2 hari sebelum raya baru sy beli baju raya dan hasilnya memang kurang memuaskan sebab beli last mnt, baju yang lawa-lawa banyak dah xda saiz. So untuk tahun ni pulak, dah berazam nak beli awal-awal dah, minggu depan maybe. Puasa pun belum dah fikir baju raya ni, terok3.

Okeh, dah xtaw nak tulis apa ni, so dikesempatan ini saya nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia, Semoga ramadhan kali ini memberi berjuta keberkatan buat kita semua. Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka.




Dan kepada "awak". Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kedua saya bersama awak. Semoga saya akan menyambut Ramadhan setiap tahun bersama awk :)  (1year and 4th month).

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

NASIHAT UNTUK ORANG BERCINTA

Assalamualaikum semua, sihat ka dak? Kalau sakit makan la ubat yer, maklumla musim demam kan sekarang ni. Ok, berbalik kepada tajuk asal, pernah tak bila korang bukak ja kt "News Feed" FB korang, pastu ada status mmbe korang berderet2 tulis pasal dia dengan pakwe dia ja? Ada yang pernah, ada yg tak pernah kan? orang tengah bercinta memang la kalau boley setiap saat nk cerita pasal dia dgn pakwe dia ja. Normal la org bercinta kan. Orang cakap "Zaman bercinta la zaman yang paling indah" yer dak?  Sy tak cakap salah, sy faham sbb sy pon bercinta jgk. Awk boleh ja nak update pasal hubungan cinta awk tu, tp biarlah berpada. Jangan setiap jam asyik keluar status cinta awk tu ja kt News feed kawan-kawan awk. Sampai kadang2 sy ingat sy tgh tngok wall awk, padahal sy tgk kt news feed sy. Yelaa dah sederet tu status cinta awk ja. Lama-lama naek menyampah pulak orang laen baca. Kalau dah nk update sgt tu, update la pagi sekali, petang sekali and malam sekali. Tak la menyampah sgt orang laen baca.Mesti awk cakap sy jeles kan? Bukan sy jeles syg oii, tapi kalau awk ada kt tempat saya ni, awk pon akan rasa mcm tu. Kadang-kadang mengalahkan org yang dah kawen pulak tw. Nampak sgt over awk tu. Mesti awk akan ckp mcm ni kan:

Ehh, FB aku, suka hati aku lah nk update apa.
-Ok, kalau awk ckp tu FB awk, kiranya mmg awk xda fren dgn sapa2 lah ea? Kiranya apa yang awk update tu mmg xda org laen baca lah ea?

Kalau kau xsuka, kau boleh remove aku.
-Awak tu kawan sy, kalau sy remove awk, awk yakin ka yang awk xkn kecik haty bila awk view ja profile sy kuar mcm pic kt bawah ni?

Kalau jawapan pada dua2 soalan tu 'YA', so awk boleh la update setiap saat pon xpa. Go on! Ingat sikit sygku, org laen pon bercinta jugak, tapi xda la mcm awk. Ingat satu benda ni, "kita baru couple, belum tentu lagi nak kawen dgn dia, so xperlu la excited sgt, nanti kalau clash malu kott". Sy taw awk tgh bahagia, tp beringat okeh! 


p/s: Sy mmg fail kalau bab mengarang! Hope korang dapat apa yang sy cuba nk sampaikan ni :(


♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Love around!

~It takes a STRONG WOMAN to love a MILITARY MAN(!)

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

DSA Family Day>Langkawi

Assalamualikum semua. Khamis hari tu saya p Langkawi. Membe2 saya cakap, untung la boleh p Langkawi. Apa yang untung tu saya pon xtaw. Letih ja yang lebih. Sy bangun tidoq seawal 5 pagi kes depa nak naek feri pukul 8.15 pagi dari Kuala Perlis. Nak p ambil mambe2 lagi, so pukul 5.30pagi sy dah pegang stereng kereta sebab banyak destinasi nk di tuju. Dah setel ambik membe2, sy bertolak ke Kuala Perlis pukul 6.20pagi dari Alor Setar dan sampay di Kuala Perlis lebey kurang pukul 7.15pagi. Then kitorng breakfast kt sana. Feri pukul 8.15 dan smpay Langkawi pukul 9 lebih. Dah sampay sana kitorang sewa kereta. Mula2 ingan nak sewa Myvi ja, bajet la katakan. Lagipon pg sehari ja. Tp abg tu offer kt ktorng Vios dgn harga RM60. Memang berbaloi2 sebab ada membe sewa viva harga RM50. Ktorang isi minyak RM15, cukup la untuk perjalanan selama beberapa jam saja kann. Mula2 ktorang berkumpul kat Pantai Chenang. Ada membe2 yang turun mandi, tp sy xmandi pon sbb sy kurang minat air laut ni sbb dia masin. Lepas lunch dalam pukul 1 lebih ktorng gerak ke Cable Car. Ingt xmaw naek dah kereta cable tu sbb bulan 12 hari tu dh naek, tp sebab ada mmbe ajak teman dia, sy pon join la. Tapi membe yang ajak tu plak gayat, so spanjang dlm cable car tu mmg ktorng gelakkan dia ja sebab dia memang langsung xangkat muka. Sampay mengigil, sian pulak tgk dia. Tapi naseb la, sapa suruh semangat nak naek kan..hak3..lepas tu ktorng pergi shopping2 dan ke Dataran helang utk snap2 pic sket. Ktorng gerak balik menaiki feri pling last pukul 7.15 dan smpay dalam pukul 8 lebih. Sebab dalam fari tu terlampau sejuk, sy dah 2 hari demam+selsema+sakit tekak. Pakej! Lps ni mmg xmaw dah naek fari mlm2. Ok la, jum kita roll pic2 kat sana. Tak banyak pon, ada sikit ja :)


















Ok, setakat ni saja kot. Nanti saya update lagi okey. Sekarang memang xda idea nak menaip :)
Tata~


♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Benda Pelik Dunia Bercinta

Tadi masa tengah drive balik kerja, tiba-tiba sy rasa mcm nk tulis entry pasal bnda-benda pelik time bercinta pada mata sy. Mungkin bagi awk bnda ni tak pelik sebab awk mengalami sendiri benda ni ataupon benda ni normal bagi awak. Tapi bagi saya bnda ni pelik sbb tu sy nk post dekat sini. Perkara2 ni hasil pemerhatian sy selama 22 tahun hidup di muka bumi ni okeh.

PERTAMA
Cara awk:
Kemana saja yang awk nk p kna bgtaw kat pasangan. Nak p kedai topup depan rumah pon nk kna bgtaw. Kalau pasangan kta "xpayah" awk pon xp. Perlu ka mcm tu?
Cara sy:
Saya nak pergi mana xpernah pulak bgtaw bf sy. Kalau time tu dia kol, bru sy bgtaw kt mana sy ada dan xda pulak dia marah. Dia pon sama mcm sy jugak (tp sy xrisau sgt pasal dia sebab dia tgh kursus so mmg xboley kluar sesuka hati). Kalau nak pergi jauh2 baru ktorng bgtaw dan xpernah lagi la dia halang sy dan xpernah pulak sy halang dia.

KEDUA
Cara awk:
Bergaduh dgn pasangan siap maki-maki bagai. Tapi last-last yg awk maki tu jgk la awk sayang.
Cara sy:
Walau mcmmna pon sy marah, sy akn cakap dan tnya dia elok2. Tinggi suara pon tak pernah, apatah lagi nak maki. Sama jgk mcm dia, sepanjang ktorng couple, tak pernah walau sekali pon dia tinggi suara dgn saya, marah lagi la xpernah. Tak tau langsung mcm mna dia marah. Sgt bsyukur sbb dia bukn seorang yang panas baran.

KETIGA
Cara awk:
Ada setengah pasangan yang bila ajak msg xnak, call pon xnk, jumpa pon xnak

Cara sy:
Kalau msg xnk, call xnk, jumpa pon xnk mesti ada bnda pelik ni dan MESTI KENA SIASAT!

KEEMPAT
Cara awk:
Utk pasangan yang bertunang pulak, bergaduh siap mintak putus tunang. Tapi bila tunang xreply msg mula la susah hati. Seolah2 ikatan tu mcm dipermainkan sbb bila da baek boley smbung2 pulak.
Cara sy:
Yang ni no komen sbb sy blom tunang lagi.

KELIMA
Cara awk:
Bila clash ja, mesti kena remove dr FB ciap block skali. Tak cukup dgn tu, saudara mara dan mmbe2 pon kena remove jgk ex awk dr FB. Tak sangka pulak sy yang sebuah perkenalan tu cuma wujud bila kita couple dgn dorng ja, bila ptos bmkna kita pon kna putus kawan dgn mmbe2 dia dan saudara mara dia jgk.
Cara sy:
Walaupon clash, awk ttp kawan sy selamanya.

KEENAM

Cara awk: 
Setiap masa mst nk kna msg. Makan msg, tido msg, kua msg klo boley time mandi semua pon nk jgk bawak nset skali. Kira klo xmsg tu mcm xboley dduk laa.

Cara sy: 
Sy dgn bf mmg jarang msg. Sehari dpt satu msg tu kira btuah la. Call pon 3 4 hari skali. Mungkin faktor kerja bf sy yg sibuk mbuatkn ktorng jarang contact. Tapi sy da biasa mcm tu. Setakat 2 3 hari xcntct tu kire xde hal laa. Paling lama ktorng xcntct 2 bulan. (Err, bnda ni pelik ke ktorng yg pelik ea?). Kalau selalu sgt msg n call pon boring jgk yer dak?


Setakat ni, perkara2 ni saja yang pelik, banyak lagi sebenarnya tapi sy dah lupa. Nanti bila sy dah ingt, sy tulis balik kt sini yer. Korang pon kalau ada lagi bnda pelik bagi korang dlm dunia bercinta ni, boleh la komen sini dan sy akan up kt entry ni okeh.

♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ

Jum tgk gmbar TUNANG dan KAHWIN saya!

Ehh..Macam mna boleh salah taip ni? bukan sy yang kawen dan bertunang, tapi kawan saya lahh. Hah, bila saya nak kawin? Ntah la, xdak perancangan lagi dlm masa terdekat ni..tp dh bgtaw mak dh "kalau ada org msok minang along dan mak suka org tu, mak terima ja k"..haha, Ok dak mcm tu? Ehh3.. bukan tu yang saya nak cerita sekarang, bbalik pada topik asal..Dorang ni kawan saya masa sekolah menangah dulu..yang tunang ni ktorng satu skolah dan satu taman. dan yang kawin tu pulak satu sekolah. Eceli majlis ni bulan May hari tu, tp sebab time tu saya malas nk menaip, so sekarang la baru nk update. Malas nk bebel panjang-panjang, jum kita rroollll gmbar dorang okehh, tp xda la banyak pon, dua tiga keping saja :)

Perkahwinan Shidat
Yang baris depan tu sorang ja yang dh tunang, yang lain SINGLE lagi okehh :)

Shidat dan suami

Dear fren, semoga bahagia sampay syurga dan semoga cepat-cepat dapat baby yang comel-comel okehh :)

Pertunangan Amalul

BFF

Malul dan tunang

Dear BFF, semoga tabah mengharungi segala ujian yang mendatang, kuatkan hati. Orang cakap time tunang ni darah manis, time ni la mcm2 bnda nak jadi, so aku doakan semoga hang kentalkan hati. Cepat-cepat naik pelamin dan Semoga bahagia sampai syurga. I LOVE U DARL!


Tengok orang tunang, aku pon rasa nk tunang. Tengok orang kawin, aku pon rasa nak kawin. 
Tp dgn sapa???




♥Dah baca? Tekan LIKE kalau SUKA ヅ